Tuesday, November 30, 2010

These are what people around me always say....

I smile, I cry, I share, I laugh and I care

Smile

Usah Terlalu Meminati,Usah Terlalu Membenci

Aku sekarang ni tengah baca buku Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj yang bertajuk "Membina Peribadi Anggun"...buku ni sebenarnya buku motivasi yang ditulis khas untuk para wanita. Aku suka sub-topik yang ni...tajuknya macam yang aku dah letak kat atas...."Usah Terlalu Meminati, Usah Terlalu Membenci"...nak tau apa yang buat aku tertarik? Okay...baca laa yee....

Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah anda terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.
     Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, anda akan terpegun dengan kata-katanya; anda meminati sesuatu anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha anda itu menempuh sejuta bahaya; anda mengagumi anda buta untuk melihat sebarang kecacatan yang ada padanya.
     Bersederhanalah dalam menyukai, meminati dan mengagumi; kelak anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.
     Jika anda terlalu mengharap, anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal. Setiap kegagalan menyimpan kejayaan; setiap masalah membuka peluang; setiap jalan rezeki yang tertutup banyak lagi yang akan terbuka.
     Jika anda gagal mendapatkan perhatian, itu baik sebab sekurang-kurangnya anda ada pilihan lain dan tidak terpenjara oleh yang satu. Jika anda berjaya, itu baik sebab ia mungkin pilihan yang terbaik. Tetapi usahlah terlalu meminati sebab apabila anda mula tidak dipedulikan, anda teramat kecewa dan usahlah terlalu hambar sebab dengan itu anda tidak akan dipedulikan.
     Kita mudah buta oleh kilauan permata di hadapan mata. Kita ambil, kita gilap dan kita simpan. Kita berbangga dengan permata itu dan menganggap kita telah mendapat puncak kebahagiaan dalam hidup.
     Ramai orang menjadi keliru oleh silaunya mata melihat cahaya yang memancar: Permata tidak semuanya asli. Kalau mudah diperolehi, tentu bukan asli. Mengapa tidak ambil, teliti dan letakkan kembali. Kemudian fikir. Jika ia tulen, usahakanlah untuk memilikinya, jika ia palsu tinggalkan atau ambil dan simpan. Kalau ada orang berhajatkannya, jual atau berikan saja. Yang palsu tentu tidak berharga malah lebih sakit memeliharanya nanti. Luarnya indah, cukup masa ia menggelupas dan mendedahkan apa yang sebenarnya di dalam.
     'Ah...inilah yang aku pertahankan, rupa-rupanya hanya besi buruk bersalut emas tiruan.' Tatkala kita terngadah, terasa sakit akibat terhantuk telah banyak kali kita alami. Mengapa kita tidak nampak meskipun kita bukan cacat penglihatan? Mengapa kita gagal melihat gajah di hadapan mata sedangkan kita sudah lama kenal rupa gajah?
     Jawapannya, apabila kita terlalu meminati kita akan hilang pertimbangan. Otak kita telah berpegang pada satu-satu prinsip sebelum ia membuat taakulan. Taakulan adalah kebolehan menilai sesuatu mengikut fikiran logik. Penilaian yang didasarkan pada prinsip biasanya lebih berpihak pada prinsip tersebut. 
     Maka, usah terlalu meminati kelak anda akan menjadi buta tuli. Semua orang melihat buruk, tetapi anda tetap melihat cantik. Semua orang berkata yang sama, tetapi anda masih tidak mendengar apa-apa.
     Terjemahkan kekaguman anda itu dengan lebih mengagumi PENCIPTA-nya. Siapa lagi kalau tidak ALLAH Maha Esa yang kita agung-agungkan. Dasarkan penglihatan dan penilaian kita kepada ilmu agama untuk menjadi penyuluh laluan hidup kita, kelak pilihan kita menjadi lebih baik dan lebih bermakna. 
     Jika melihat permata usah terlalu hairan dengan kilaunya permata itu, tapi lihat juga dari mana cahayanya datang. Ada kalanya cahaya yang dibiaskan oleh permata datangnya dari cahaya kalimantang yang tidak mampu menyuburkan tanaman. 
     Bersederhana adalah jawapan kepada semua persoalan.


Jadi....macam mana??? Okay tak??? Sama-sama lah kita renungkan yee....wassalam.

Thursday, November 25, 2010

Duhai Hati...

Tadi terjumpa diari lama yang jadi teman aku waktu umur aku 22 tahun...belek punya belek..terjumpa laa satu puisi yang pernah aku buat...ini dia puisinya....

Bila sendirian,
Aku sering bertanya kepada diri sendiri
Apa yang kau mahu?
Apa yang kau tunggu?
Entahlah...
Aku sendiri tidak mengerti,
Yang pasti hati ini seringkali kacau
gundah dan gulana
mengenangkan nasib diri.
Adakalanya hidupku dipenuhi kegembiraan.
Adakalanya kosong tiada bererti.
Adakalanya sedih dan sebak menjenguk jendela hati...
Aku tidak tahu
mengapa harus begini..
Sehingga kini aku terus mencari
sebab sebenar jadi begini.
Entah sampai bila...
Esok...?
Lusa...?
Atau...selamanya...?
Wahai hati....
tabahlah...

haaa.....waktu puisi ni ditulis,aku tengah rasa lonely, tak sedap hati dan...seribu satu perasaan yang aku tak boleh nak jelaskan laa...tapi itu dulu...waktu masih belum cukup matang nak handle masalah....sekarang...bukanlah kata dah matang sangat tapi alhamdulillah...aku rasa sekarang ni aku lebih relax kalau ada masalah...yelaa...lagipun sekarang ni aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku sayang dan sayang aku....so...secara tak langsung terasa ada sokongan moral dari individu-individu ni...okaylah...sambil-sambil aku update blog ni,anak aku si Naurah sibuk membebel kat sebelah ni...macam-macam soalan yang dia tanya....ikut sape laa ni yee?hehehe....so,till we meet again...daaa....salam

Saturday, November 20, 2010

Good Luck!!!!

Go to fullsize image

SPM is just around the corner. Sebagai guru yang mengajar pelajar-pelajar Tingkatan 5, aku turut merasakan debarannya. Cuma, mungkin debaran yang aku rasakan tidak sehebat apa yang dirasakan oleh anak-anak muridku. Secara tiba-tiba, kenangan sewaktu menduduki peperiksaan SPM menerjah kotak fikiranku. Aku menjadi satu-satunya pelajar Tingkatan 5 dari Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya yang masih setia meneruskan pengajian di sekolah tersebut. 1997...sweet 17. Masih lagi muda belia. Hehehe... Apa pun, aku mengharapkan agar semua pelajar SMTPJB memperoleh ketenangan hati dan dapat menumpukan sepenuh perhatian sepanjang peperiksaan berlangsung.  Good Luck untuk semua....!!!!!

Friday, November 19, 2010

For my hubby....

A Sweet Poem....

View Image

A Happy Family....

Hari Raya Aidiladha yang lepas,aku tak balik kampung...sepatutnya tahun ni turn beraya kat my hubby's side..tapi apakan daya...my hubby kena kerja pulak..so...buat kali kedua,sambut Hari Raya Aidiladha kat JB saje....but...selalu kan orang kata...setiap apa yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya...macam tu juga lah yang terjadi pada aku...bak kata Izwan Zainabdin, aku tak balik kampung tapi kampung yang datang kat aku...hehehe...betul laa tuu..Abah,Mak dan adik-adik datang rumah on Wednesday tu...meriah rumah ni...ye laa...bulan selalu dapat jumpa...sayangnye adik aku yang no 2,Yanti tak dapat datang sekali...tapi takpe..tetap bermakna lah....
Yang buat aku terharu tu...bila sampai je family aku ni kat rumah,anak bujang aku,si Nufail terus menerpa ke arah neneknya...terus peluk nenek...sampaikan mak tak sangka disambut sedemikian rupa oleh cucunye tuu...hehehe...yang paling best,mak datang bawak makanan yang memang aku tunggu2 iaitu....Kuah Lodeh, Ayam Masak Merah, Rendang and Kuah Kacang....my hubby siap leh compare rupa masakan aku ngn mak sebab aku pun masak Ayam Masak Merah and Kuah Kacang as menu for that day...adik2 aku komen...
"Lebih kurang je rasa Mak masak ngn Kak Rina masak."
Mak jawab,"Haii....dah yang bagi resipi tu mak,mesti la lebih kurang...."
terima kasih laa kat Mak sebab menurunkan resipi yang sedap2 untuk anak dia nih...hehe...best2...
Selama family aku kat sini,sempat la jugak bawak diorang gi jalan2 kat mane2 yang patut...Jenuh adik aku si Alif dok melayan karenah anak2 buahnya yang mintak itu ini....hehe
Kesimpulannya...aku hargai sangat2 kehadiran Mak,Abah and adik2 ke sini...selera makan aku jadi okay...hati pun jadi senang...hehe...I love may family so much!!!

Saturday, November 6, 2010

Pagi yang nyaman...

Pagi ni sarapan Nasi Lemak mak masak...memang best!!!! Bagi aku,memang tak ada tandingannye lahh....hehehe...kira tercapai laa hajat aku nak makan apa yang mak masak...ye laa...sejak2 dah duduk JB ni bukan selalu sangat dapat balik kampung...jadi,bila dapat balik tuu,haa...memang order aje laa yee...hehe...nak2 pulak,tengah mengandung sekarang ni...dalam banyak2 jenis makanan,masakan mak jugak yang aku idamkan...semalam dah dapat Nasi Ayam....hari ni Nasi Lemak pulak...bak kata mak,bagitau le nak makan ape...kang dah jauh susah nak dapat...hehe...terima kasih mak...beruntung betul dapat mak yang sangat pandai memasak...bukan aje pandai...tapi sedapp..hehe...jadi sedikit sebanyak,ilmu yang mak ada tu dapat juge la dipelajari dan diwarisi....
Suasana pagi kat Palong ni memang nyaman...ala2 macam kat kawasan tanah tinggi gitu...berkabus ajee...kalau mandi pagi2 ni...brrrrrr....memang sejukk....nak2 pulak kena air kolah...perghh...marvellous!! Ni la yang buat tempat ni special...tambah pulak dengan landskap nyee...(mak aku ni sangat suka menanam bunga dan menghias halaman rumah)...sesuai sangat kalau nak menghilangkan tekanan dan penat bekerja...and....sangat sesuai untuk sesi fotografi...haa...okaylah...anak dara aku ni sibuk betul dari tadi ajak mama nye ni keluar...katanye nak tengok nenek tanam ubi....so,till next time...daa

So Far Away...(I begin to love this song...)

Never feared for anything.
Never shamed but never free.
A light that healed a broken heart with all that it could

Lived a life so endlessly.
Saw beyond what others see.
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growin' old
It seems we're so invincible, the truth is so cold.

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can say,
You can stay awake forever.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Sleep tight, I'm not afraid.
The ones that we love are here with me.
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done, I'll be on my way
To live on eternally.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
When I had so much to say and you're so far away.

I love you
You were ready
The pain is strong and urges rise
But I'll see you
When it lets me
Your pain is gone, your hands untied.

So far away.

I need you to know

So far away
And I need you to,
Need you to know...

Friday, November 5, 2010

Dariku....

Assalamualaikum WBT...salam sejahtera....
Haii.....akhirnya tergerak jugak hati ni nak buat blog...saje je nak mencuba...kalau dulu-dulu, zaman aku sekolah, semuanye aku tulis dalam diari...hehe...teknologi...macam-macam kemudahan ada...
Haa...a little bit about myself....
Anak sulung kepada Encik Jamaludin bin Saari dan Puan Janiah binti Ardi...(ada 4 orang adik...)
Isteri kepada Encik Khairul Nizam bin Japar...(dah 6 tahun kahwin...bahagia...hehehe)
Ibu kepada Muhammad Nufail Zhafran, 4 thn dan Naurah Jazmina, 2 thn...(bakal dapat yang ke - 3 next year)
Kerjaya????ohh....aku ni cikgu....satu kerjaya yang memang menjadi cita-cita aku sejak kecik lagi....
so...buat masa ni,ini laa yang aku boleh ceritakan...
later on....akan ditambah lagi ye...
hehehe....
ohh yee...don't forget to smile because smile makes you younger.... :-)