Thursday, February 10, 2011

Hilangnya Satu Nikmat.....

Apa yang hilang? Haa...semalam aku dah bercerita pasal penyakit kan..so, entry kali ni ada kaitannya dengan entry semalam...nikmat yang aku maksudkan ialah...nikmat merasai pelbagai jenis makanan...sebab utama kehilangan nikmat tersebut ialah....batuk!!!! Buat masa ni, untuk memastikan yang batuk ni betul2 sembuh, banyak benda yang perlu aku elakkan terutamanya makanan yang berminyak dan pedas...walhal boleh dikatakan dua elemen itulah yang menjadi kewajipan selama ni....negatifnya, hilang nikmat makan...positifnya, dalam pada nak menyembuhkan penyakit, secara tak langsung aku dapat mengamalkan pemakanan yang sihat...hahaha...nak dijadikan cerita, semalam dapat pulak panggilan telefon dari klinik...apa lagi...keputusan MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) yang dah pun aku jalani Selasa lepas..kata nurse yang menghubungi aku tu..."bacaan gula dalam darah akak tinggi sikit la kak"...haa...maknanye akan ada lagi ujian yang berkaitan dengan paras gula dalam darah yang perlu aku jalani selepas ini...kali ni dah tak perlu minum air gula lagi tetapi darahku perlu diambil sebanyak 4 kali dalam sehari...apa tujuannya??? bagi yang tak tahu, tujuan ujian ni diadakan adalah untuk memastikan bahawa aku, si ibu mengandung ni bebas dari diabetes sewaktu hamil atau sebaliknya...kalau dikira dari sejarah yang lepas, alhamdulillah....aku bebas dari diabetes sewaktu hamil...aku harap kali ni pun begitu jugak le hendaknye...jadi, apa yang perlu dilakukan...????? Kawal pengambilan gula sama ada dalam makanan ataupun minuman...tapi, lebihkan gula dalam senyuman....boleh gitu?? Heee....okaylah...sehingga ketemu lagi di lain masa....wassalam....

Tuesday, February 8, 2011

Penyakit oh Penyakit....

Penyakit...hari ni aku nak berbicara tentang penyakit...sejak kebelakangan ni, yang bernama "penyakit" ni kerap datang menziarahi aku, si ibu mengandung ni...mula-mula penyakit yang bernama "gatal-gatal", then penyakit yang datang secara pakej..."demam, batuk, selsema"...mungkinkah ketahanan badan aku untuk melawan penyakit semakin lemah...???? Atau akukah yang lemah sebenarnya??? Apa-apa pun, sebagai seorang individu yang mahukan dirinya sihat dan cergas sentiasa, pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan yang penyakit tidak berulang...jadi atas kesedaran itu, aku pun pergi le ke Bio-Sucinas....nahh....ambikkk...sekali 4 ubat aku dapat dengan charge RM58....maklumlah...ibu mengandung bukanlah boleh makan sebarangan ubat...jadi apa yang aku dapat semua tu yang khas untuk ibu mengandung...harap-harap cepatlah pulih seperti sediakala...dan dapatlah aku melaksanakan tugas aku dengan sempurna.....