Saturday, February 18, 2012

RAHSIA KASIH SAYANG BERDASARKAN BULAN KELAHIRAN

Lama sungguh saye tak jenguk blog ni...dah naik bersawang...maaflah ye kot ade yg bukak asyik nampak entry yang sama ajee....so,kali ni saye kembali dgn sesuatu yang saye rasakan agak menarik untuk dibaca....kenapa saye kata mcm tu?Haa...awak tengok laa tajuk entry saye kali ni...mesti laa masing2 akan terus pergi kat bulan kelahiran sendiri kan??Hehehe...so,jom baca...tapi...suka untuk mengingatkan yee...semua ni hanya suka2 aje..jangan ambil serius lakk....okay...kita mulakan sekarang....

JANUARI
  • Mudah jatuh cinta
  • mudah melupakan perasaan cinta terhadap org yg dicintai sekiranya dikhianati
  • sukar setia
  • pandai mengambil hati tapi mudah melukai pasangannya
  • bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
  • sikap cemburu yg tinggi terhadap pasangannya
  • bakal jadi bapa atau ibu yang penyayang
FEBRUARI
  • sukar utk jatuh cinta tapi mudah utk mengkhianati
  • hormat kepada pasangan
  • suka memikat pasangan
  • jujur dan berterus terang dalam perhubungan
  • sentiasa nekad untuk bersama pasangannya
  • sangat romantik
  • selalu menjaga hati pasangan
  • kurang beremosi terhadap pasangannya
  • amat menjaga penampilan diri
MAC
  • mudah menawan hati pasangannya
  • sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
  •  sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  • sangat baik dalam perhubungan
  • amat sukar utk melupakan pasangan yg dicintai
  • perasaan cemburu yg minimum
  • sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
  • mudah memilih pasangan tanpa berfikir dgn waras
  • sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan
  • berprasangka terhadap pasangan
APRIL
  • memendam perasaan
  • malu meluahkan isi hati
  • ingin diberi perhatian
  • cemburu dalam perhubungan
  • kesetiaan teguh terhadap pasangannya
  • emosi cepat terusik dan mudah terluka
  • sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
  • romantik
  • sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
  • sukar berlaku curang
  • kebanyakan org yg lahir dalam bulan ini boleh dianggap "hamba cinta" seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha
MEI
  • mudah jatuh cinta
  • jujur dalam perhubungan
  • pandai menarik hati pasangan
  • perasaan cinta yg mendalam
  • mudah dipujuk
  • kurang suka utk sentiasa bersama
  • mudah menerima cinta
  • pilihan yg tepat dlm berpasangan
  • nekad utk menjaga hubungan yg baik
  • bukan Queen Control atau King Control
  • suka mengangankan sesuatu yg indah bersama pasangan
  • sentiasa dahagakan kasih sayang
  • ambil berat dalam menjaga hubungan
JUN
  • pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
  • sukar melukai dan memahami hati pasangan
  • mudah jatuh cinta tapi terlalu memilih
  • cerewet dlm hubungan
  • selalu beremosi
  • mudah merajuk dan mudah dipujuk
  • cepat rasa bosan dlm percintaan
  • kurang yakin dlm perhubungan
  • selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
  • bakal menjadi ibu yang baik
  • dahagakan pujian dari pasangan
JULAI
  • suka didampingi pasangan
  • sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
  • mudah dipujuk dan berterus terang
  • menghargai kesetiaan pasangan
  • mengambil berat dan mengasihi pasangan
  • suka merajuk dan dipujuk
  • setia terhadap pasangan
  • suka mendengar dan tidak suka membantah
  • cemburu terhadap pasangan
OGOS
  • tidak serius dalam perhubungan
  • mengambil mudah dlm perhubungan
  • kesetiaan diragui
  • pandai memujuk pasangan
  • suka memimpin pasangan
  • romantik,pengasih dan penyayang
  • kelam kabut dalam perhubungan
  • sering bertukar pasangan
  • sukar mencari pilihan yang tepat
  • sangat sensitif dan tahap cemburu yang maksimum
  • mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenaan 
SEPTEMBER
  • bersopan dalam perhubungan
  • bertolak ansur terhadap pasangan
  • suka mengkritik pasangan
  • sangat prihatin terhadap pasangan
  • sangat sensitif dan emosi
  • pandai memahami pasangan
  • kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • amat memilih pasangan
  • sukar melupakan sekiranya hati terluka
  • mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan
OKTOBER
  • suka berkomunikasi dengan pasangan
  • sopan terhadap pasangan
  • jujur dan jarang berpura-pura
  • mudah terluka hati
  • sukar menerima pandangan pasangan
  • emosi yang mudah terusik
  • pengasih dan penyayang terhadap pasangan
  • terlalu cemburu
  • romantik
  • memahami pasangan
NOVEMBER
  • banyak helah
  • cermat dan teliti dalam hubungan
  • amat berahsia
  • degil
  • tidak suka dikongkong
  • mudah ambil berat
  • tidak menghargai perhubungan
  • tidak romantik langsung
  • perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
  • kurang menghargai pasangan dan hal-hal percintaan
  • kurang bersama dengan pasangan
DISEMBER
  • pemurah terhadap perhubungan
  • mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
  • tergesa-gesa dalam perhubungan
  • suka didampingi pasangan
  • benci dikongkong
  • berbakat untuk kahwin lebih dari satu (untuk lelaki)
  •  suka mempengaruhi pasangan
  • curang dalam percintaan
  • kurang berkejasama dengan pasangan
  • selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
  • mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan

So...amacam???Ada kena kee??Macam yang saye kata tadi..ini hanyalah utk hiburan...kalau terkena tu, nasib lee...hehe...okay.. till next time...daaa.....!!!

*sumber info: Majalah Rapi