Saturday, December 3, 2011

Tips Menambah Berat Badan

Assalamualaikum wbt...Salam Ceria

Haa...pelik ke tak tajuk post saya kali ni??Selalu orang tanya tips macamne nak kuruskan badan..tapi hari ni saya nak kongsi tips menambah berat badan untuk mereka yang merasakan bahawa beratnya adalah sangat kurang....(saya pun dulu kurus keding sangat2)..tips ni saya dapat dari majalah Mingguan Wanita...so,jom tengok apa tips nye...

  • Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori. Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  • Cuba makan 6 kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam (supper). Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Makan makanan yang sihat dan seimbang.
  • Selalu bersenam kerana senaman boleh meningkatkan selera anda.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
Haaa...amacam???Boleh laa cuba praktikkan yee...sebab dari pengalaman sendiri, cara2 di atas ni memang berkesan untuk mendapatkan berat badan yang kita inginkan...(especially kepada yang kurang berat badannya tuu...). Jadi...selamat mencuba yeee!!!

Wassalam.
A.L.O.N.G

2 comments:

  1. huhu nak tambah memang senang..makan nasi banyak jak..tapi kalau nak turunkan, payah..huh

    ReplyDelete
  2. kalau nak turunkan kena kasi komitmen lebih sikit laa bro...disiplin kena ade...cewaahh...cakap macam pro aje aku...hihihi

    ReplyDelete