Monday, March 12, 2012

Ahli Baru...

Tanggal 25 Februari 2012,bertempat di Masjid Sultan al-Mizan,Putrajaya,adik lelakiku telahpun selamat diijabkabulkan dengan pelengkap rusuk kirinya...Alhamdulillah,dengan hanya sekali lafaz,adikku selamat bergelar suami...Air mata kegembiraan mengiringi pernikahannya.Satu-satunya wanita yang pernah bertakhta di hatinya kini menjadi suri hidupnya.Dalam diam,aku mengagumi kesetiaan cinta mereka berdua.Sebak rasanya tatkala melihat adikku mengalirkan air mata sewaktu bersalam dengan ibuku.Terkenang saat aku diijabkabulkan dengan suamiku 8 tahun lepas.Masih terngiang-ngiang suara ibuku,"Kak,akak dah nak jadi isteri orang...akak jangan lupa kat mak ye..." air mata turut mengalir bersama pesanan itu...sesungguhnya,hanya mereka yang melalui detik itu sahaja yang tahu perasaan sebenar peralihan status dari bujang kepada suami atau isteri orang.Gembira dan sedih bercampur baur.

Tahniah buat adikku,Mohd Alif bin Jamaludin dan surinya...Nur Iza binti Ismail.Semoga kalian berdua dapat melayari bahtera hidup berumahtangga dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan.Akak bangga dengan kalian berdua.Untuk para pembaca yang sudi menjengah 'Duniaku',aku turut ingin berkongsi kegembiraan menerima orang baru dalam keluarga kami.Semoga apa yang kalian lihat bisa membuat kalian mengukir senyuman.



 *mood ketika ini agak sentimental..maka,penggunaan bahasa turut dipengaruhi oleh perasaan...;)



2 comments:

  1. hye kakak alif! zana kawan 1 universiti dgn alif & iza.. masa diaorang kahwin kat putrajaya, zana dtg gak.. masa salam dgn iza, zana nangis... terharu sgt dgn perkahwinan diaorang.. mmg diaorang pasangan yg setia & secocok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zana...! Kan kan kan? Zana kawan diorg,ofcz lebih tau perjalanan cinta diorg ni kan...pesonally,akak memang respect diorg berdua...harap2 kekal sampai ke akhir hayat....:)

      Delete